Senarai Tempat Menarik Di Penang

Senarai Tempat Menarik Di Penang. Setiap negeri ada keunikan tersendiri yang menjadikan ianya berbeza dengan yang lain. Bagi artikel kali ini, admin akan menceritakan mengenai tempat menarik di Penang.

Senarai Tempat Menarik Di Penang

Tempat Menarik Di Penang

PENANG ESCAPE THEME PARK
  • Penang Escape Theme Park menyediakan bermacam-macam aktiviti ‘outdoor’ yang lasak dan mencabar. Lokasi ini amat sesuai kepada sesiapa yang gemar melakukan aktiviti lasak di samping menguji daya ketahanan fizikal dan mental masing-masing. Sesuai bagi semua peringkat usia, para pelancong pasti berpuas hati setelah berkunjung ke sini.
PENANG ESCAPE THEME PARK


PADANG KOTA LAMA
  • Padang Kota Lama adalah satu daya tarikan yang tidak asing lagi dan sering menjadi bualan ramai orang yang telah berkunjung ke Pulau Pinang. Antara tarikan yang paling utama di sini adalah Fort Cornwallis serta bangunan Penang City Hall. Untuk pengetahuan anda, Fort Cornwallis adalah sebuah kota yang dibina oleh Francis Light ketika tahun 1786 sebagai benteng pertahanan untuk menahan serangan musuh-musuh pada masa itu. Antara kesan-kesan peninggalan yang masih ada di dalam kota ini sebagai warisan sejarah termasuklah meriam, gereja, berek, stor senjata api, rumah api, dan tugu gangsa Francis Light.
  • Tambahan lagi, Padang Kota Lama juga terkenal dengan masakan tempatannya iaitu pasembur, yang begitu sedap dan mesti dirasa sekiranya datang ke sini. Ianya tidak juga jauh daripada Fort Cornwallis dan juga terletak di Esplanade Park Food Court.
PADANG KOTA LAMA

PADANG KOTA LAMA 1


BUKIT BENDERA

Terdiri daripada Western Hill, Bukit Laksamana, Tiger Hill, Flagstaff Hill dan Government Hill, Bukit Bendera adalah stesen bukit penjajah pertama yang dibina di Semenanjung Malaysia. Ianya terletak 6 km dari Georgetown. Tambahan pula, ianya adalah hutan hujan tropika terakhir di Pulau Pinang. Jadi tidak hairanlah mengapa tempat ini boleh dikatakan sejuk jika tidak pakai baju yang tebal semasa melawat ke sini.

BUKIT BENDERA

TAMAN BOTANI PENANG

Taman Botani Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Botanical Garden Penang adalah salah satu tarikan di Pulau Pinang yang mana pengunjung dapat melihat pelbagai jenis bunga dan mempunyai lanskap yang menempatkan bermacam-macam jenis spesis tumbuhan eksotik dan asli. Ianya terletak di Jalan Kebun Bunga, George Town dan juga adalah salah satu warisan peninggalan British yang masih kekal sehingga sekarang.

TAMAN BOTANI PENANG

PENANG STREET ART

Untuk pengetahuan anda,  pada tahun 2012, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mengupah Ernest Zacharevic, artis yang berasal dari Lithuania bagi menghiasi serta memberi nafas baru ke dalam beberapa buah kedai di sekitar George Town. Hasilnya, tempat tersebut sudah berkembang dan menjadi destinasi wajib bagi setiap pelancong tidak kira dari dalam atau pun luar negara.

PENANG STREET ART

PANTAI BATU FERRINGHI

Bagi sesiapa yang sukakan aktiviti air atau pun gemar bersantai di tepi pantai sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan juga matahari terbenam, Batu Ferringhi adalah destinasi yang terbaik untuk anda pergi. Pelbagai aktiviti sukan air yang diberikan, pilihan restoran yang banyak serta senang, dan tempat yang agak santai bagi menikmati keindahan alam. Pada waktu malam, di sini meriah dengan bazar malam yang membekalkan pelbagai makanan termasuklah makanan tempatan dan luar mengikut citarasa pelancong.

PANTAI BATU FERRINGHI

Itu sahaja perkongsian mengenai tempat menarik di Penang. Semoga artikel ini dapat memberi idea kepada para pembaca bagi merancang perjalanan ketika melancong ke Penang.



0 comment... add one now