Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terkini

Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terkini. Adakah syarat kelayakan akademik untuk permohonan SBP 2017 Tingkatan 1 telah direndahkan? Sudah kita sedia maklum bahawa keputusan UPSR telah diumumkan pada 17 November 2016. Namun keputusan pencapaian UPSR 2016 amat mengecewakan kerana telah mencatatkan pengurangan yang amat ketara. Murid yang telah berjaya mendapat semua A iaitu 6A hanya sekitar 1.12 peratus ataupun hanya seramai 4,896 pelajar sahaja. Lanjutan daripada itu, KPM telah mengeluarkan satu kenyataan media yang memaklumkan syarat dan kriteria baru/ terkini pemilihan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 2017.


Syarat Kelayakan Akademik dan kriteria

Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terkini

Demikian dibawah adalah Syarat Kelayakan Akademik dan kriteria lain yang diambil kira dalam pemilihan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 tahun 2017 yang terkini :-
  • Kelayakan minimum pencapaian akademik UPSR adalah mestilah sekurang-kurangya 3A dan 3B
  • Kedudukan (ranking) pemilihan dan penempatan murid ke SBP tidak bergantung kepada kepada pencapaian akademik semata-semata sahaja.
  • Selain dari pencapaian akademik, skor merit pemilihan dan penempatan murid akan diambil kira dari aspek komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Sekolah (PS) dan juga Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) yang diterangkumkan di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Kenyataan Media KPM

Diumumkan kenyataan media KPM berkenaan dengan syarat dan kriteria untuk pemilihan murid ke Tingkatan 1 SBP bagi tahun 2017 boleh dirujuk di bawah ini.

Anda boleh semak keputusan peperiksaan anak anda melalui sistem saps ibu bapa yang disedikan oleh KPM malaysia. Saps NKRA Ibu Bapa ini dirasmikan oleh YB Muhiyidin Yasin pada tahun 2014.


syarat baru sbp 2017 tingkatan 1


Kepada murid-murid UPSR yang telah membuat permohonan secara online, semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP. Semoga syarat dan kriteria pemilihan ini boleh dijadikan rujukan buat ibu bapa dan murid-murid dalam membuat permohonan.


0 comment... add one now