Syarat Terkini Menderma Darah Di Malaysia

Syarat Terkini Menderma Darah Di Malaysia. Adakah anda layak untuk memneri darah kepada orang lain? Dipetik daripada Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), demikian adalah kriteria dan syarat untuk menderma darah di Malaysia. Penderma darah adalah seorang yang sangat special kerana sumbangannya dapat menolong ramai orang. Sudah kita semua sedia maklum yang darah adalah satu komponen penting dalam rawatan kesihatan.

syarat menderma darah

Syarat Dan Kriteria Untuk Menderma Darah

Berikut adalah syarat dan kriteria untuk menderma darah di Malaysia :-
  • Penderma darah wajib sihat dari segi tubuh dan badan
  • Berat badan  mestilah 45kg dan ke atas
  • Tidur sekurang-kurangnya 5 jam
  • Tahap Haemoglobin minimum 12.5g/dl bagi perempuan dan 13.5g/dl bagi lelaki
  • Tidak mempunyai kesihatan
  • Telah mengambil sarapan sebelum menderma darah
  • Pendermaan terakhir adalah 3 bulan yang lepas
  • Menetap di Malaysia paling kurang selama 1 tahun (untuk mereka yang bukan Warganegara Malaysia) 

Syarat umur untuk penderma darah adalah seperti berikut :-
  • Berusia 18 hingga 70 kepada mereka yang pernah menderma
  • Berumur 65 hingga 70 perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut dan pengesahan pakar terlebih dahulu
  • Diantara 18 hingga 60 kepada meraka yang pertama kali menderma
  • Remaja 17 tahun perlu mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa/ penjaga

Untuk penderma wanita yang berhasrat untuk menderma darah, mereka hendaklah :- 
  • Tidak mengandung
  • Tidak datang haid
  • Tidak menyusukan anak

Untuk panduan yang lebih banyak, sila lihat infografik yang dikongsikan dari KKM :

syarat derma darah

Semoga Syarat Menderma Darah Di Malaysia yang dikongsikan ini boleh dijadikan rujukan dan galakan untuk anda menderma darah. Selamat menderma dan menabur pahala!


0 comment... add one now