Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memohon BR1M 2017

Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memohon BR1M 2017. Adakah anda layak membuat permohonan BR1M bagi tahun 2017?

Pasti ramai pemohon bantuan yang ingin mengetahui syarat kelayakan BR1M 2017 untuk permohonan baru. Dibawah dinyatakan syarat-syarat untuk memohon BR1M meliputi syarat asas, syarat pendapatan dan usia.

Untuk pengetahuan anda, pendaftaran untuk permohonan BR1M 2017 dan kemaskini BR1M telahpun dibuka bermula 5 Disember sehingga 31 Disember 2016. Tarikh pembayaran BR1M yang pertama adalah pada pertengahan bulan Februari 2017. Para pemohon disarankan agar membuat semakan syarat kelayakan sebelum membuat permohonan bagi mengelakkan permohonan gagal atau ditolak.



Syarat-syarat Kelayakan untuk memohon BR1M bagi tahun 2017


Berikut dinyatakan senarai syarat-syarat kelayakan untuk memohon BR1M 2017 yang ambil dari Laman Sesawang Rasmi e-BR1M. Pemohon yang layak untuk memohon BR1M 2017 dikehendaki memenuhi syarat-syarat seperti dibawah :-
  • Seorang Warganegara Malaysia yang tinggal di negara Malaysia sahaja. 
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang menetap serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah. 
  • Warga tua (emas) yang hidup sebatang kara (beusia 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah. 
  • Bujang yang berusia 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah. 
  • Pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar tidak layak untuk memohon. 

Salinan Dokumen


Dokumen yang perlu dihantar sekali bersama Borang BR1M 2017 adalah meliputi salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) seperti berikut:-

  1. Dokumen Pengenalan Diri (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir).
  2. Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan untuk pemohon yang berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda.
  3. Sijil perceraian atau sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (untuk kategori bujang yang mempunyai tanggungan) 

Untuk mengetahui tentang informasi lanjut yang berkaitan dengan soalan lazim bagi permohonan BR1M 2017, anda dialu-alukan supaya merujuk kepada FAQ Permohonan ini.

Selamat memohon dan menuntut hak anda untuk BR1M 2017 bagi sesiapa yang layak. Semoga permohonan anda semua berjaya diluluskan, Sila sebarkan artikel ini bagi membantu rakan-rakan yang lain yang kurang bernasib baik.


0 comment... add one now