Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017. Berita gembira kepada seramai 1.6 juta penjawat awam di negara Malaysia. Kakitangan kerajaan akan mendapat RM500 sebagai bayaran special yang akan diberikan pada awal Januari 2017. Sebelum ini Pihak Cuepacs telah meminta pemberian bonus 2 bulan gaji. Namun, PM Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2017 di dalam Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 21 Okt 2016 telah mengumumkan pemberian bayaran khas berjumlah RM500. Pesara Kerajaan juga turut menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM250.

bonus jan 15

TARIKH BAYARAN BONUS KAKITANGAN AWAM2017

Dibawah adalah maklumat penting tentang Pemberian Bayaran Khas RM500 Kakitangan Awam 2017 :
  • Jumlah Bayaran Khas : 500 Ringgit Malaysia
  • Jumlah Bayaran Untuk Pesara Kerajaan : 250 Ringgit Malaysia
  • Tarikh Pembayaran : Awal Januari 2017
Sekadar makluman kepada semua, pada bulan Jun 2016 yang lalu, Kerajaan telah memberi Bantuan Khas Kewangan Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 kepada penjawat awam serta pesara kerajaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Berikut dikongsikan ucapan Perdana Menteri semasa mengumumkan pemberian bayaran khas 2017 pada Pembentangan Bajet 2017.

Menghargai Sumbangan Penjawat Awam"Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tidak tidur lena jika saya tak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita gembira". Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan.
Semoga Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017 ini boleh dijadikan belanja buat menyiapkan anak-anak ke sesi persekolahan 2017.

Semoga dengan pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017 ini dapat meringan beban sedikit sebanyak dan dijadikan belanja untuk menyiapkan sesi persekolahan 2017 anak-anak.


0 comment... add one now