3 Warga Emas Diikat dan Disamun Perompak

Kejadian rompak yang terjadi kepada tiga adik-beradik warga emas ini telah berlaku pada pukul 4.30 pagi Ahad lalu di Kampung Padang Sebang, Melaka. Ketiga-tiga mangsa yang bernama Aliah Abdullah, Baby Amilah Abdullah dan Rabiah Abdullah semuanya berada dalam lingkungan 70-an telah diikat dan disamun oleh perompak yang membawa parang. Ketika itu, mereka sedang tidur dengan nyenyak di ruang tamu rumah lalu dikejutkan dengan kasar oleh perompak tersebut. Kata Aliah, perompak itu menceroboh masuk ke dalam melalui tingkap rumah dan memberi amaran agar mereka tidak menjerit sambil mengacukan parang terhadap Rabiah. Perompak yang bertopengkan sapu tangan sangat kasar kerana mengugut mereka jika mereka cuba untuk menjerit. Ditambahnya lagi, Baby Amilah terpaksa menyerahkan barang kemasnya manakala Rabiah menyerahkan RM200 miliknya.Perompak tersebut mengamuk dan mula menggeledah rumah, merampas telefon bimbit mereka dan akhirnya melarikan diri setelah mendengar bunyi tapak kaki penduduk yang berjalan ke surau untuk mendirikan solat fardhu Subuh.Ketiga-tiga mangsa Berjaya melepaskan diri sebelum lari keluar untuk mendapatkan pertolongan penduduk kampung. Polis mengatakan bahawa mereka sedang menjejaki perompak tersebut dan pasti akan menangkap mereka tidak lama lagi. 


3 Warga Emas Diikat dan Disamun Perompak


0 comment... add one now