5 Lelaki Samun Pusat Snuker Diburu Polis

Seawal jam 3.35 pagi tadi, sebuah pusat snuker di Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal telah disamun oleh 6 orang penjenayah bersenjata yang berjaya meloloskan diri dan sedang diburu polis.

Dalam kejadian itu, penjenayah-penjenayah tersebut telah menyerbu masuk ke bahagian kaunter sebelum meminta seorang pekerja di situ menyerahkan semua wang hasil perniagaan mereka. 

Dikatakan lagi, mereka juga turut membawa bersama parang, pedang samurai dan pisau ketika itu.

Sementara itu, seorang lagi suspek sedang berada di luar premis untuk mengawal keadaan di luar. 


Setelah merampas wang daripada pekerja berkenaan, kesemua penjenayah meloloskan diri daripada pusat snuker terbabit, jelas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafee Abd Samad.

Pada masa yang sama, ketujuh-tujuh suspek terserempak dengan dua anggota polis yang sedang melakukan rondaan mencegah jenayah dan polis berkenaan berjaya memberkas dua suspek berumur 19 tahun dan 24 tahun sementara 5 lagi meloloskan diri menaiki kenderaan jenis Toyota Vios dan Perodua Myvi.

Suspek-suspek yang menjadi buruan polis itu melarikan kira-kira RM6,000 dan sebuah telefon bimbit, tambah Shafee lagi.


Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


0 comment... add one now