7 Cara Nak Jadi Kaya

Sebut sahaja nama Mark Zuckerberg mahupun Bill Gates, pasti ramai yang kenal jutawan tersebut . Ramai yang ingin menjadi kaya atau setidak-tidaknya dapat hidup senang sehingga tua dan andaikan bagus dapat mewariskan kepada anak-anak untuk masa hadapan mereka.
Hanya 7 langkah sahaja yang perlu diikuti untuk mereka yang ingin benar-benar berusaha menjadi kaya menurut portal akhbar Sydney Morning Herald.


1. Wujudnya perasaan ghairah untuk capai kejayaan
Kita mestilah mempunyai semnagat yang tinggi dan berkobar-kobar serta tujuan yang jelas kerana dengan ini, kita akan menjadi kuat walaupun hadapi kegagalan, kesilapan mahaupun penolakan daripada orang lain.

2. Rajin Membaca
Kajian mendapati 80% orang kaya akan meluangkan masa selama 30 minit atau lebih pada setiap hari untuk membaca supaya dapat memajukan diri selain untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

3. Buat Aktiviti Riadah
Bukan sekadar hanya membaca, bersenam dapat menjadikan jantung sihat selain badan cergas dan otak cerdas. Kajian menunjukkan 76% orang kaya beriadah 30 minit atau lebih pada setiap hari. Selain itu, pengasas Virgin Group iaitu Sir Richard Branson menjalankan aktiviti riadahnya sendiri dengan melakukan senaman yoga, mendaki, berlari atau angkat berat supaya menjadi lebih produktif dan meningkatkan pencapaian fikirannya.

4. Biasakan berjimat dan menabung
Bagi membina kejayaan mereka, 88% orang kaya mengatakan bahawa menyimpan wang amat penting bagi mereka. Tabiat yang biasa dipraktikkan oleh orang kaya ialah dengan hanya guna 80% sahaja pendapatan dan 20% akan dijadikan simpanan.

5. Memberi Bimbingan dan Menjadi Pembimbing
Orang yang ingin berjaya tidak boleh hidup keseorangan  untuk menjadi orang yang berjaya, kita perlukan bimbingan dan pertolongan daripada orang-orang sekeliling seperti yang dilakukan oleh jutawan terkenal, Mark Zuckerberg, Bill Gates mahupun Richard Branson.

6. Jalin Hubungan Yang Baik
88% jutawan yakin bahawa perlunya wujud hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling termasuk orang tersayang seperti keluarga, rakan-rakan dan orang yang dekat dengan kita kerana hubungan yang baik penting bagi kejayaan kewangan. Selain itu, ia juga memberi kesan positif terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri. Namun, cuma 17% orang miskin yang percaya bahawa amalan membina hubungan yang baik dapat membantu raih kejayaan terutama dalam bidang kewangan.

7. Cari Ketenangan Diri
Dengan bermunasabah diri dengan mencari kelemahan diri sendiri untuk diatasi atau memastikan diri tidak terbabas daripada landasan kejayaan, ini merupakan amalan yang orang kaya seringkali amalkan antara 15-30 minit. Mereka semestinya mengamalkan refleksi diri untuk memastikan berada di landasan yang betul dalam soal kesihatan, senaman, hubungan dengan orang lain dan urusan kerja.


0 comment... add one now