American Airlines Pula Buat Hal



Tidak sampai 2 minggu setelah syarikat United Airlines dikecam kerana mengheret penumpang sehingga ke luar pesawat, kini American Airlines pula dilanda kontroversi juga atas layanan kasar seorang kru penerbangan syarikat itu kepada penumpang.

Video yang dirakam oleh penumpang lain menjadi viral setelah dimuat naik ke dalam akaun Facebook menunjukkan seorang kru pesawat itu bertengkar mulut dengan seorang penumpang yang mempertahankan seorang wanita yang mendukung anaknya sambil menangis.

Rakaman itu memaparkan kru penerbangan merampas kereta sorong milik wanita itu yang ketika itu sedang mendukung bayinya. Tindakan kasar itu turut mengejutkan para penumpang lain.

Sementara itu, syarikat American Airlines sedang menyiasat rakaman itu bagi mendapatkan fakta. Jelas syarikat itu dalam satu e-mel, tindakan pasukan mereka jelas sekali tidak menggambarkan nilai yang penting untuk diberikan kepada penumpang iaitu kesabaran dan empati.

Sementara siasatan dijalankan, kru penerbangan itu digantung tugas buat sementara.


0 comment... add one now