Annuar Akan Beri Keterangan Pagi Ini Di MARA



Berhubung dengan dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa mengaitkan penajaan pasukan bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa iaitu Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang digantung tugas akan memberi keterangan kepada Audit Dalaman MARA pada hari ini.

Sejak hampir 3 bulan lalu setelah digantung tugas oleh Ahli Majlis MARA, ini merupakan kali pertama Annuar tampil bagi memberi keterangan kepada Audit Dlaaman MARA.

Tugasnya digantung serta-merta untuk memberi laluan kepada Audit Dalaman MARA bagi melakukan siasatan dalam beberapa perkara berkaitan agensi itu, termasuk penajaan Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan.

Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal siasat Annuar selama tempoh 4 jam di ibu pejabatnya yang terletak di Putrajaya atas sebab didakwa mengguankan penyalahgunaa kuasa dan penyelewengan dana.


Annuar dilantik menjadi Pengerusi MARA pada 19 Julai 2003 selain menjadi Ahli Parlimen Ketereh.


0 comment... add one now