Bayi Beruban




Dilahirkan di sebuah hospital di Szekesfehervar, Hungary, seorang bayi di Budapest dilahirkan dengan rambutnya beruban disahkan sihat tanpa sebarang penyakit. Bayi itu juga disahkan bukan albino.

Doktor mengatakan bayi yang bernama Bence, juga digelar Prince Charming oleh petugas di wad bersalin hospital berkenaan kerana keunikan rambutnya mengalami rambut beruban bukan kerana sakit mahupun mengalami tekanan semasa dalam kandungan.

Akan tetapi, faktor rambutnya bertukar menjadi putih kerana masalah kekurangan pigmen melanin tetapi hanya bersifat sementara sahaja.

Selain itu, pakar perubatan mempercayai rambut Bence akan menjadi hitam apabila dia membesar.
Bence juga dilahirkan sihat dengan berat 5.4 kg dan mempunyai ketinggian sebanyak 54cm.


0 comment... add one now