Van Konvoi Kemanusiaan Malaysia Ke Syria Rosak Di Perancis


Dalam Konvoi Perpaduan Ambulans ke Syria, ambulans yang dipandu oleh 3 orang sukarelawan Malaysia rosak dan mengakibatkan mereka tersadai lebih 4 jam di Perancis.

Kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan semalam, ambulans yang digelar ‘Bravo 8’ itu secara tiba-tiba mengalami masalah di Lebuhraya Autoroute des Anglairs ketika menghala ke tenggara Perancis.

Sukarelawan tersebut yang bernama Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, 23, Ubaidah Basit, 27 dan Azhan Zakaria, 22 merupakan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Tangisa Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ).


Konvoi yang berlepas ke Bulgaria dari UK Ahad lepas diterajui oleh Human Aid UK untuk menghantar ambulans ke Syria menerusi negara Eropah.


Konvoi kemanusiaan itu turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MLLFS, Syahirir Azfar Saleh dan koordinator sukarelawan Malaysia, Muaz Ruslan.










0 comment... add one now