Dalam Masa 5 Hari, 13,000 Saman Dikeluarkan



Pemandu negara ini masih bersikap di takuk lama apabila hanya dalam masa 5 hari merekodkan lebih 13,000 saman dikeluarkan sejak penguatkuasaan Sistem  Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) pada 15 April lalu.

Ini amat mengecewakan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan , Datuk Seri Saripuddin Kassim apabila 11,556 saman dikenakan bagi kesalahan memandu nelebihi had laju manakala sebanyak 1,540 saman dikeluarkan kerana melanggar lampu isyarat merah.

Walaupun sistem ini telah dilaksanakan, jumlah saman yang banyak ini merumuskan terlalu ramai rakyat yang masih tidak mengamalkan sikap yang sepatutnya.

Dalam masa 5 hari ini juga, tiada mata demerit dikenakan kerana mata demerit hanya diberikan selepas kompaun dibayar dan akan dikenakan kepada pemandu kenderaan dan bukan pemilik kenderaan.

Bagi yang tidak mengetahui lagi, sistem ini hanya melibatkan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah yang bertujuan untuk membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian jalan raya.


0 comment... add one now