Etihad Airways Sanggup Berpatah Balik Demi Cucu Penumpang Yang Sakit




Etihad Airways di Singapura dipuji setelah sanggup berpatah balik di Manchester Airport untuk memberi peluang kepada sepasang suami isteri yang sudah berumur untuk menziarah cucu mereka yang sakit tenat.

Pasangan itu yang sedang dalam perjalanan ke Australia mendapat tahu khabar tentang cucu mereka yang sakit tenat setelah mereka sudah pun berada di dalam kapal terbang itu.
Agen pelancongan pasangan itu, Becky Stephenson memberitahu pasangan itu telah mematikan telefon bimbit tetapi mendapat satu panggilan daripada menantu mereka namun tidak sempat menjawabnya.

Tidak lama kemudian, mereka menerima satu teks mesej yang mengatakan cucu mereka sedang sakit tenat dan mereka harus juga pulang untuk menjenguknya.

Ketika itu juga, kapal terbang sedang bergerak di atas ‘runway'.

Pasangan itu kemudian memaklumkan berita tentang cucu mereka kepada kru di situ lalu kru tersebut memberitahu kapten yang terus berpatah balik ke pintu pelepasan.

Pada masa yang sama, staff kapal terbang juga membantu mengemas semula bagasi pasangan itu dan mengiringi mereka pulang.

Menurut Travel Weekly, kereta pasangan itu juga telah dihantar kepada mereka supaya memandu terus untuk berjumpa dengan cucu mereka.

Setelah menurunkan kedua-dua penumpang, kapal terbang itu tetap meneruskan perjalanannya.
Malangnya, cucu mereka meninggal dunia keesokan harinya.

Peristiwa ini menggambarkan kru pesawat itu sangat baik dalam memberi layanan kepada pelanggan mereka sekaligus mengambil berat tentang penumpang mereka.


0 comment... add one now