Gangguan Bekalan Air 30 April Ini Palsu

Mengenai
gangguan bekalan air di sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Langat pada 30 April
ini adalah maklumat palsu yang dinafikan sendiri oleh Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Maklumat
palsu tersebut yang tersebar di laman sosial sebenarnya merujuk kepada gangguan
bekalan air pada tahun lepas iaitu pada 30 April 2016, jelas Ketua Jabatan
Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah dalam kenyataannya.

Tambahnya
lagi, beliau menasihatkan pengguna agar mendapatkan maklumat sahih dan terkini
mengenai gangguan bekalan air daripada aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’ atau
melayari laman sesawang www.syabas.com.my.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *