Hak Tanah Orang Asli Suku Temiar Diiktiraf Mahkamah


Tanah seluas 9,300 hektar di Pos Belatim, Gua Musang telah diputuskan sebagai tanah adat Orang Asli suku Temiar secara kekal di tujuh kampung oleh Mahkamah Tinggi Kota Baru.
Nama-nama 7 kampung tersebut ialah Kampung Belatim, Kampung Chachuk, Kampung Cegrok, Kampung Cermal, Kampung Sempadek, Kampung Belanga dan Kampung Kenben.
Sebanyak RM50,000 turut diperintahkan oleh Hakim Datuk Zainal Azman Abdul Aziz dan penghakimannya kepada kerajaan negeri Kelantan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri untuk dibayar kepada Angah Along dan Hassan Alang yang mewakili 7 kampung Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.
Selain itu, hakim juga memerintahkan kerajaan negeri dan PTG untuk melakukan pemetaan secara halus selama sebulan di kawasan terbabit.
Satu permohonan telah difailkan oleh Orang Asli suku Temiar pada tahun 2011 bagi perintah certiorari untuk membatalkan keputusan kerajaan negeri yang memberi milik tanah sebahagian yang diduduki Orang Asli di Mukim Ulu Nenggiri, Gua Musang, bagi pembangunan Ladang Rakyat.
Kemudian, kaum Temiar yang diwakili peguam, M. Rajkumar memberitahu keputusannya dalam mahkamah bahawa hak milik tanah Orang Asli adalah satu kesalahan menceroboh hak kaum peribumi itu.

Mahkamah akhirnya memutuskan Orang Asli di situ memang mempunyai hak terhadap tanah adat dan kawasan mereka dan kontrak itu dibatalkan.


0 comment... add one now