Jumlah Tajaan KL2017 Cecah 89%



89% penajaan keseluruhan edisi ke-29 Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN ke-9 atau Kuala Lumpur 2017 (KL2017) telah tercapai tetapi penajaan tunai masih di tahap 71% berbanding sasaran RM30 juta.

Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) yang mendapat penajaan tersebut dilihat hampir mencapai sasaran mereka manakala penajaan tunai bergerak agak perlahan sebelum temasya sukan terbesar Asia Tenggara yang bakal membuka tirai Ogos ini yang berbaki kira-kira 115 hari lagi.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sidang media setelah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MASOC dan McDonalds sebagai Penaja Kategori Perak bagi KL 2017 berkata beliau menekankan penajaan tunai semasa penajaan perkhidmatan dan barangan telah mencapai sasarannya.

Pembabitan restoran rangkaian terkemuka dunia, McDonalds bagi KL2017 sebagai penaja merupakan kali pertama menurut Khairy meskipun telah lama terbabit dalam penajaan untuk temasya lebih besar termasuk Sukan Olimpik.
McDonalds menaja kategori Perak sejumlah RM1 juta, termasuk wang tunai dan barangan serta perkhidmatan selain terbabit dalam acara Larian Obor.

Beliau juga berasa amat gembira kerana syarikat seperti McDonalds menyertai KL2017 dan pembabitan swasta dalam segala aktiviti mereka sangat dialu-alukan oleh Kementerian Belia dan Sukan MASOC.


Dengan ini, pihak korporat yang menyertai akan berpeluang mendapat pendedahan yang meluas di rantau ini kerana KL2017 ini merupakan acara sukan dwi tahunan terbesar di Asia Tenggara.


0 comment... add one now