Kanak-Kanak Terkena 13 Bebola Peluru Penabur

Akibat terkena tembakan peluru penabur yang dilepaskan oleh pemburu ayam-ayam kelmarin, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun cedera dan telah selesai menjalani pembedahan hari ini.

Pembedahan dijalani oleh mangsa melebihi 5 jam bermula 12.05 pagi tadi menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail bagi mengeluarkan baki 11 lagi bebola peluru penabur di dalam badannya.

Mangsa yang bernama Nur Syahida Bakar, cedera terkena 13 bebola peluru tembakan itu semasa sedang makan di dapur rumahnya, Kampung Lubuk Keriang di Langgar kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa digegaskan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum 2 daripada 13 bebola peluru penabur berjaya dikeluarkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan.

Setelah itu, tiga pakar yang terdiri daripada Pakar Pembedahan Plastik, Pakar Bedah Am dan Pakar Ortopedik telah mengendalikan pembedahan itu tetapi hanya 6 daripada 11 bebola peluru dapat dikeluarkan pada dahi, bahagian atas tangan kanan, siku kanan dan lutut kanan.

5 lagi bebola peluru yang berbaki tidak dikeluarkan atas kesepakatan ketiga-tiga pakar berkenaan kerana kedudukan yang agak dalam dan jika dikeluarkan juga melalui pembedahan, ia akan menyebabkan lebih kerosakan kepada tisu di kawasan tesebut.

Tambah Dr Norhizan, 5 lagi baki bebola peluru yang berada di dalam badan mangsa tidak akan mendatangkan masalah.


Keadaan mangsa stabil dan mangsa juga akan terus dipantau meskipun dibenarkan pulang bagi mengetahui perkembangannya.
Kanak-Kanak Terkena 13 Bebola Peluru Penabur


0 comment... add one now