Kejayaan Gandingan Pandalela dan Nur Dhabitah Di Kanada

Pandalela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita telah berjaya meraih pingat perak dalam Siri Terjun Dunia FINA ke-4 yang diadakan di Windsor, Kanada, 2 hari lepas.

Gandingan 2 orang atlet itu yang telah mengumpul sebanyak 298.80 mata hanya membezakan mereka daripada Ren Qian dan Si Yajie dari China dengan  sebanyak 37.87 mata. Gandingan daripada China itu  yang sejak awal lagi telah mendominasi kelima-lima terjunan dengan kutipan 336.66 mata untuk pingat emas.

Selain itu, Tonia Couch dan Lois Toulsan pula telah meraih pingat gangsa dari Great Britain dengan mengumpul 298.62 mata.

Gandingan kedua-dua wanita itu akan beraksi lagi pada malam esoknya dalam acara 10m platform. Dikatakan juga, Nur Dhabitah tampil berganding dengan Pandalela Riong kerana menggantikan Cheng Jun Hoong yang cedera tulang belakangnya.

Kejohanan yang dilangsungkan di Kanada sepanjang 21-23 April merupakan siri terakhir dalam Siri Terjun Dunia FINA tahun ini. Kejayaan Gandingan Pandalela dan Nur Dhabitah Di Kanada


0 comment... add one now