Kes Adam Rusly, 6 Tuduhan Atas Memberi Keterangan Dan Dokumen Palsu


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rusly Abdullah, 30, didakwa atas 6 tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu bagi memperdayakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke Mahkamah Sesyen semalam untuk dibicarakan.

Sebanyak 2 tuduhan yang dihadapinya kerana memberi pernyataan palsu dan kesalahannya itu mengikut Seksyen 32(8) (c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Selain itu, Adam juga menghadapi 4 lagi tuduhan memberi dokumen palsu dan didakwa mengikut Seksyen 89 akta sama, di mana jika sabit kesalahan, hukuman yang dikenakan ialah penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh dibenarkan Hakim untuk diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Selaras dengan itu, 29 Mei ini merupakan tarikh yang ditetapkan untuk sebutan semula kes.


0 comment... add one now