Lapan Sekeluarga Maut Terkena Serangan Udara Di Syria


Lapan sekeluarga, lima daripadanya terdiri daripada kanak-kanak telah terkorban semasa melarikan diri daripada pertempuran antara pasukan Syria sekutu Amerika Syarikat (AS) dan militan Daesh dalam satu serangan udara.

Kenderaan mangsa kanak-kanak yang berusia antara 6 bulan dan 15 tahun bersama keluarganya terkena serangan itu ketika melarikan diri daripada pertempuran di bandar utara Syria di Tabqa, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Keluarga terbabit dilaporkan maut menurut kumpulan aktivis Raqqa is Being Slaughtered Silently (Raqqa Dibunuh Secara Senyap).

Menurut aktivitis tempatan, pakatan yang diketuai AS yang melancarkan serangan itu.

AS yang menyokong Pasukan Demokratik Syria (SDF) termasuk pejuang Arab telah cuba mengusir Daesh daripada Tabqa sebelum berkerak ke Raqqa, ibu kota de facto kumpulan militan terbabit.

Menurut kerajaan Syria, sekutu Rusia dan AS, kesemuanya menyasar kumpulan itu yang digelar sebagai ‘pakatan syaitan antarabangsa’.


Pemimpin al-Qaeda  juga menggesa pengikutnya dan militan lain di Syria agar bersatu serta menyiapkan diri melakukan jihad.


0 comment... add one now