Lelaki Dipenjara Gara-Gara Menceroboh Istana


Seorang lelaki telah mengaku bersalah menceroboh kawasan Istana Bukit Serene tanpa izin kira-kira jam 7.25 malam pada 17 April di Johor.

Tertuduh, Rosman Jasman, 35 dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan oleh Mahkamah Majistret setelah membuat pengakuan setelah kertas pertuduhan dibicarakan jurubahasa di hadapan Majistret Noor Aisyah Ahmad.

Tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali. 


Mengikut kesalahan tertuduh, Rosman didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


0 comment... add one now