Lori Rempuh Tembok Tol, Pemandu Patah Kaki

Seorang pemandu lori bawa pasir berusia dalam lingkungan 40-an telah mengalami kecederaan pada kaki kanannya sehingga kakinya patah akibat merempuh tembok konkrit penghadang antara laluan tol di Plaza Tol Ipoh Selatan kira-kira pukul 9 pagi Sabtu lalu.


Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak memaklumkan mereka terima panggilan kecemasan pada pukul 9.21 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

Setibanya di sana, pihak kami melihat bahagian hadapan lori tersebut remuk sementara pemandunya tersepit di dalam, jelas jurucakap Jabatan Bomba dan Pemyelamat Perak itu.

Tambahnya lagi, mereka menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa daripada lori lalu dibawa terus ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan dengan menaiki Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba.

Operasi mereka selesai pada pukul 10.04 pagi yang diketuai oleh Ketua Operasi Khir Mohd Noor


0 comment... add one now