Mohamad Thaqif Disahkan Meninggal Dunia



Pelajar pusat tahfiz yang terpaksa dipotong kedua-dua belah kakinya, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi disahkan meninggal dunia jam 2.05 petang tadi di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Doktor telah menangguhkan pembedahan memotong tangan kanannya yang sepatutnya dilakukan hari ini disebabkan jantungnya tidak stabil.

Thaqif meninggal dunia di wad unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan, beritahu ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad.

Jenazahnya masih lagi berada di HSI dan akan dibawa pulang ke kediaman ibu bapanya yang bertempat di Ulu Tiram di sini.

Dua minggu yang lalu, kedua-dua belah kaki Thaqif terpaksa dipotong kerana ada darah beku, kerana didakwa disebat oleh pembantu warden pusat tahfiz itu.


0 comment... add one now