Paddle Pop Young Buliders Award 2017 Khas Buat Kanak-Kanak Yang Gemar Reka Cipta

Pertandingan reka cipta yang memasuki tahun kelima ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh negara apabila menerima lebih daripada 1000 penyertaan pada tahun lalu. Pertandingan yang akan dianjurkan pada akhir Ogos ini mencatat rekod baharu dengan peningkatan sebanyak 400 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

Objektif utama pertandingan ini dijalankan adalah bagi mengasah bakat kanak-kanak yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan  bagi menyemai sifat kesedaran terhadap alam sekitar menggunakan bahan terpakai dan kitar semula dalam kalangan murid-murid sekolah rendah, kata Shiv Sahgal selaku Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd. 

Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid tahun empat hingga tahun enam sekolah rendah kebangsaan. Pertandingan yang bertemakan ‘Perpaduan untuk Kesejahteraan Alam Sekitar’ menguji kepandaian peserta dalam menghasilkan struktur kreatif menggunakan bahan terpakai dan kitar semula. Shiv Sahgal berkata lagi dalam kenyataannya, “Kami ingin mencari robot bersaiz sebenar yang dibina menggunakan bahan kitar semula dan bahan terpakai sepenuhnya secara kreatif."


Tambahan lagi, majlis perasmian pertandingan ini dilakukan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan. Beliau juga berkata melalui penerapan bermanfaat seperti reka cipta bahan kitar semula, dapat memupuk kemahiran artistik dalam diri murid-murid. Panel juri diketuai pelukis terkemuka  tempatan dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam iaitu Prof Jalaini Abu Hassan.

Sebanyak 20 rekaan yang terbaik akan dipilih mengikut saiz sebenar robot di mana semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur. Juara dan pemenang sagu hati akan membawa pulang  wang tunai masing-masing berjumlah RM6000 dan RM2000, sijil penyertaan serta pakej percutian. Bagi yang berminat, anda boleh menghantar lakaran robot yang dibina dengan elemen kebangsaan dan negeri menerusi e-mel ke [email protected] sebelum 23 Jun ini.


0 comment... add one now