Pelajar Dipukul Warden Masih Dalam Koma




Seorang murid berusia 11 tahun mendakwa disebat warden di pusat tahfiz menggunakan paip getah dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Ismail (HSI), Johor Bahru sejak 2 minggu lalu.
Kecederaan yang dialami mangsa mengakibatkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong kerana dipercayai dijangkiti kuman.

Bagi membantu siasatan kes pukul ini, pembantu madrasah tahfiz berkenaan ditahan reman mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010 selama 4 hari sehingga Khamis ini.
Suspek sebelum ini pernah dipenjara 30 bulan dan menpunyai rekod jenayah mencuri dalam bangunan mengikut semakan polis, jelas Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman.

Sementara itu, ibu mangsa memaklumkan anaknya yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan perkembangan positif setelah selesai pembedahan mengeluarkan darah beku pada tangan kanannya.

Akan tetapi, mangsa masih dalam keadaan koma dan perlu mengikuti rawatan dialisis setiap hari kerana buah pinggangnya tidak berfungsi.

Ibunya juga menafikan anaknya pernah mendapat rawatan tradisional sebaliknya, Mohamad Thaqif Amin dihantar ke klinik swasta kerana demam sebelum ini.


0 comment... add one now