Pengajaran Buat Pemakai 'Contact Lens'



Jika anda seorang pengguna contact lens, sudah semestinya pakar mata anda akan memberi amaran agar tidak memakai contact lens tersebut ketika sedang mandi mahupun berenang di kolam renang (melainkan anda memakai goggle), tetapi seringkali mereka tidak menjelaskan risikonya.

Akan tetapi, seorang wanita bernama Irenie Ekkeshis, 36, menceritakan pengalamannya apabila mata sebelah kirinya buta kerana menghidapi penyakit yang jarang-jarang sekali ada, Acanthamoeba Keratitis (AK).

Ia merupakan sejenis jangkitan yang serius disebabkan oleh sejenis mikroorganisma yang dijumpai di dalam air paip, air laut dan air kolam renang yang telah menghakis kornea mata wanita itu.

Pada awal 2011, mata wanita itu menjadi terlalu sensitif terhadap cahaya dan mula berair. Dia berpendapat matanya mengalami sedikit jangkitan kuman yang boleh dirawat.

Tetapi pada petang itu juga, dia mendapati matanya tidak tahan melihat lampu 'fluorescent' di dapur rumah kerana terlalu terang dan amat menyakitkan.

Kemudian, dia ke London’s Moorfields Eye Hospital dan perlu menjalani satu prosedur yang sangat memedihkan matanya kerana doktor mengeluarkan sel-sel daripada lapisan atas matanya untuk mengkaji punca masalah itu.

Akhirnya, doktor memutuskan dia terkena Acanthamoeba Keratitis. Lebih mengejutkan, penyakit yang jarang-jarang ada itu dijangkiti oleh lebih kurang 125 orang di UK pada setiap tahun dan majoritinya merupakan pemakai contact lens.

Ekkeshis sedar meskipun dirinya tidak memakai contact lens ketika berenang mahupun ketika mandi tetapi hanya dengan mencuci tangan tanpa mengeringkan mereka sebelum memakai lens juga antara punca dia terkena jangkitan itu.

Pengajarannya, jangan sesekali memakai lens dengan tangan yang basah dan ketika tidur.

Dan yang paling penting, jangan hanya kerana malas, anda boleh menyebabkan mata menjadi buta.


0 comment... add one now