Pengalaman Diheret Keluar Pesawat Lebih Teruk Berbanding Berada Pada Zaman Perang Vietnam




Dr. David Dao diheret keluar oleh seorang pegawai dari United Airlines

Seorang lelaki Asia yang berusia 69 tahun, Dr. David Dao terpaksa melalui insiden yang tragik buat dirinya setelah diseret keluar dengan teruk dari pesawat United Airlines yang dinaikinya. Beliau yang juga merupakan seorang doktor dipaksa meninggalkan pesawat yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare ke Louisville di Kentucky pada Ahad lalu akibat lebihan penumpang. 

Dalam video yang dimuat naik di media sosial yang mendapat jutaan penonton berkenaan insiden pahit itu, syarikat penerbangan itu dikritik hebat akibat memberi layanan buruk terhadap penumpang. Dr. David Dao mengalami kecederaan yang parah sehingga hidungnya patah dah kehilangan dua batang giginya yang disifatkan apa yang dialaminya lebih teruk daripada peristiwa semasa 1975 di mana beliau menaiki bot untuk meningggalkan Vietnam ketika Saigon jatuh. 

Anaknya juga mengkritik bahawa perbuatan yang dilakukan terhadap ayahnya tidak sepatutnya dilakukan terhadapa sesiapapun walau apa jua alasannya. Pegawai yang mengheret mangsa dalam keadaan mangsa terbaring melentang, mulut berdarah dan baju terselak didapati tidak mengikut protokol, jelas Jabatan Penerbangan Chicago dalam kenyataannya. 

Malah, pegawai tersebut diarahkan untuk  bercuti sementara siasatan berlangsung. Ketua Eksekutif Syarikat penerbangan United Airlines, Oscar Munoz memohon maaf dan menyatakan perasaan malunya terhadap insiden yang berlaku. Walaupun beribu orang yang ingin Munoz meletakkan jawatannya tetapi ketua eksekutif itu tetap berkeras hati untuk tidak meletakkan jawatannya.




0 comment... add one now