Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-15



Sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan digelar Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Baginda merupakan putera sulung kepada Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

6 Oktober 1969 merupakan tarikh keputeraan baginda yang juga merupakan Sultan Kelantan Ke-29 manakala 13 September 2010 bersamaan 4 Syawal 1431 Hijrah merupakan hari baginda dimasyhurkan.

Pada 13 Disember 2011, ketika Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah iaitu Sultan Kedah dilantik memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-14, Sultan Muhammad V pula dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Istana Negara Kuala Lumpur menjadi saksi istiadat mengangkat sumpah jawatan itu berlangsung.

Selepas penggal Tuanku Abdul Halim Mu'adzam  Shah memegang tampuk negara habis, baginda telah dipilih oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-243 (Khas) ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara dan pelantikan itu berkuat kuasa pada 13 Disember 2016 selama 5 tahun.


0 comment... add one now