‘Punch Card’ Untuk Murid di Sekolah



Murid-murid SK Gong Badak sedang beratur untuk menggunakan 'punch card' bagi merekodkan kehadiran mereka


Mesin ‘punch card’ untuk merekodkan kehadiran murid ke sekolah telah ditempatkan di SK Kompleks Gong Badak, Terengganu buat kali pertama di negeri ini sebagai langkah untuk  meningkatkan tahap disiplin murid-murid.

Selain itu, murid-murid juga dapat menyemai sifat sentiasa menepati masa agar menjadi murid yang lebih berdisiplin dengan adanya mesin ‘punch card’ tersebut. Penggunaan mesin ini merupakan idea unik oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan telah dimulakan pada 13 April tahun ini. 

Sebanyak 6 buah mesin ‘Punch Card’ diletakkan mengikut tahun murid yang kira-kira jumlah keseluruhannya seramai 821 orang. Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Encik Shafruddin Ali Hussin semasa merasmikan penggunaan mesin ini turut menyokong sepenuhnya inisiatif sekolah tersebut dan pihak (PIBG) untuk murid-murid menggunakan mesin berkenaan sepanjang tempoh persekolahan dijalankan.




0 comment... add one now