‘Raja Bomoh’ Memohon Maaf


Mengenai insiden ‘Raja Bomoh’ yang menggunakan aksi ‘melihat menggunakan teropong buluh’ dan ‘angkat kelapa’ bagi menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia termasuk kes kehilangan MH370 akhirnya mengaku bertaubat atas kesalahan menghina agama Islam di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Ibrahim Mat Zin, 66, memohon maaf kepada seluruh masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara kita serta semua pihak di seluruh dunia atas tindakannya itu yang memesongkan agama Islam.

Dia juga mengatakan perbuatannya itu telah diarahkan oleh individu-individu tertentu yang tidak dapat didedahkan. 


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri, Pengarah JAWI, Abdul Azizi Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad yang menjadi saksi pengakuan yang dilakukan oleh Ibrahim itu.

Pertuduhannya itu mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 599) atas sebab menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina. 


0 comment... add one now