Rangka Manusia Neolitik Akan Tiba Di USM Petang Ini



Rangka manusia Neolitik yang telah ditemui di Tapak Arkeologi Guar Kepah berusia sekitar 5,000 hingga 6,000 tahun dijangka akan tiba ke Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM) pada petang ini.

Tulang rangka tesebut memerlukan masa antara 3 hingga 4 jam oleh pihak pusat itu bagi menggali, mengurus dan mengeluarkannya agar boleh diletakkan di posisi yang sempurna untuk dibawa pulang dan disimpan di tempat yang lebih baik, kata pengarah pusat itu, Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin.

Malah, proses penghantaran pulang ke pusat penyelidikan itu perlu disegerakan kerana beberapa tulang pada rangka itu sudah reput.

 Mereka perlu mengawet rangka tersebut untuk dipertontonkan kepada umum setelah galeri arkeologi siap pada akhir tahun ini.

Sekumpulan penyelidik USM pada minggu lalu ketika melakukan kerja-kerja ekskavasi telah menemui rangka manusia Neolitik dalam keadaan tangan diikat ke dada dan diletakkan mengiring di bahagian kanan sebelum ditanam bersama tembikar serta alat-alat memburu seperti adat masyarakat purba.

Selaras dengan itu, kawasan berkenaan dipercayai menjadi penempatan terawal manusia di Seberang Prai.


Di kawasan tapak berkenaan, kerja-kerja pencarian rangka manusia lain akan diteruskan agar sejarah penting di negara ini dapat dicipta, jelas Mokhtar.


0 comment... add one now