Raudhoh Tahfidz Al-Quran Perlu Sumbangan RM500,000

Bagi menampung kerja-kerja menaik taraf sebuah pusat tahfiz swasta, Raudhoh Tahfidz Al-Quran di Kampung Sungai Serai memerlukan dana daripada orang ramai.

Sebanyak kira-kira RM500,000 diperlukan bagi menaik taraf asrama lelaki, membina masjid serta penempatan guru, jelas pengetua institusi tahfiz yang terletak di Hulu Langat itu, Mohd Zaki Ali.

Tambahnya lagi, asrama ini telah dibina sejak Disember lalu dan hampir 80% siap namun mereka sedang membina 3 buah rumah guru dan dalam proses membina 7 lagi buah rumah bagi tenaga pengajar kerana mereka terpaksa menyewa dengan kos yang tinggi di luar kawasan.

Selain itu, mereka juga ingin membina dewan solat tahfiz sebesar 70x70 berkonsepkan terbuka. Mereka juga bergotong-royong dalam pembinaan infrastruktur di pusat tahfiz itu.

Bagi masa sekarang, mereka mempunyai 100 orang pelajar lelaki serta perempuan selain memiliki 10 orang tenaga pengajar.

Menurut Mohd Zaki, pusat tahfiz itu mula ditubuhkan pada 1993 di Masjid Al-Ehsan, Kampung Sungai Serai sebelum berpindah dan menyewa bangunan di lokasi-lokasi lain.


Pada tahun lepas, mereka mula berpindah ke tapak sedia ada yang mempunyai kelulusan lebih kurang 4 ekar.

Katanya lagi, mereka terpaksa bermula dari awal untuk menaik taraf institusi mereka bagi memberi keselesaan kepada para pelajar.

 Mereka amat mengharapkan orang ramai dapat menyalurkan dana untuk menampung kos operasi dan menaik taraf pusat pengajian agama ini.

Menurutnya, pembinaan pusat tersebut dengan kemudahan mencukupi adalah usaha untuk melahirkan lebih ramai pelajar mendalami ilmu agama.

Mohd Zaki juga memaklumkan mereka dalam perancangan membangunkan satu lagi cawangan maahad di Aceh manakal tenaga pengajar terdiri dalam kalangan alumni maahad.


Justeru, mereka berharap dapat mengumpul sumbangan orang ramai yang boleh menyalurkan dana mereka ke akaun Raudhoh Tahfidz Al-Quran, Bank Islam Malaysia Berhad (12092010034862).


0 comment... add one now