Kanak-Kanak 6 Tahun Meninggal Dunia Di Dalam Van




Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun disahkan meninggal dunia selepas terbiar di dalam van selama 3 jam tanpa disedari pemandu van tersebut.

Ibu kepada Muhammad Iqram Danish, Jumrah Thamrin menyatakan telah memaafkan pemandu van berkenaan namun tetap ingin undang-undang ditegakkan.

Jelas ibu mangsa, dia menyerahkan kejadian itu sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Pihak polis di Gombak menjelaskan kejadian itu berlaku pada jam 2 petang Jumaat lalu ketika Iqram dan dua lagi orang kanak-kanak dijemput menaiki van pemandu itu untuk ke sebuah tadika kanak-kanak di Bandar Country Homes, Rawang.

Akan tetapi, pemandu itu tidak perasan Iqram telah tertidur di belakang van itu dan tidak langsung turun daripada vannya. 

Dia kemudian terus pulang ke rumah dan memarkirkan vannya.

Pada jam 5 petang kemudian, dia mendapati Iqram masih berada di dalam vannya ketika hendak menjemput kanak-kanak pulang dari tadika.

Iqram terus dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia di situ.

Mengikut laporan, pemandu van tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 disebabkan kecuaiannya.


0 comment... add one now