Syarat PAS Untuk Bekerjasama Dengan Pembangkang Di Sabah


PAS bersedia untuk berganding bahu dengan mana-mana parti pembangkang di negeri Sabah selagi parti tersebut menerima syarat yang ditetapkan PAS sendiri, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU) yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

Katanya lagi, pihak mereka bersedia untuk bekerjasama kerana dasar mereka sendiri mengamalkan ‘taawun' atau kata erti lain kerjasama. Malah, agama juga tidak melarang berbuat demikian  tetapi dengan syarat-syarat tertentu.

PAS boleh  bekerjasama dengan parti lain, malah pernah juga dengan BN dan DAP namun mereka tidak dapat terima syarat yang diberikan dan PAS tidak mahu mungkir janji.

Bagi menghadapi PRN atau PRU yang akan datang, PAS masih melakukan penilaian berkaitan calon parti dan bilangan kerusi yang akan ditanding di Sabah, kata Hashim.

Selain itu, Hashim juga menjelaskan kawasan yang sesuai untuk meletakkan calon juga terpulang pada PAS negeri untuk membuat keputusan.


0 comment... add one now