Tangisan lagi buat penduduk Syria

Dalam kejadian letupan bom yang menyasarkan konvoi melibatkan puluhan bas yang mana penumpangnya merupakan penduduk yang dipindahkan dari bandar Fuaa dan Kafraya di bawah perjanjian antara rejim Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pemberontak telah menyebabkan 112 terbunuh sementara ratusan lagi tercedera Ahad lalu.

Dimaklumkan oleh Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) bahawa insiden pengeboman itu berlaku di kawasan Rashidin di pinggir Aleppo semasa konvoi tersebut menunggu izin untuk memasuki bandar utara itu pada Jumaaat lepas.

Jurucakap SOHR berkata,”Pengebom berani mati itu dipercayai memandu van yang membawa bekalan bantuan sebelum meletupkan kenderaannya berdekatan konvoi bas terbabit yang secara tidak langsung mengakibatkan kematian pemberontak-pemberontak yang mengiringi bas itu.” 


Gambar menunjukkan seorang mangsa kanak-kanak sedang dirawat 
Kanak-kanak dan mangsa yang tercedera telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera di Aleppo. Tambahan juga, media tempatan memberi kenyataan menjumpai cebisan anggota tubuh dan beberapa mayat mangsa ditemui bergelimpangan berhampiran bas yang musnah dalam letupan itu.



Selain itu, kumpulan pemberontak, Ahrar al-Sham juga mengutuk pengeboman yang dahsyat itu. Kata jurucakapnya, “Kami menolak sebarang tuduhan yang diajukan untuk jenayah kejam ini. Tanggungjawab kami adalah untuk memberi perlindungan kepada orang awam dan bukannya menjadi pembunuh mereka.”

Akibat letupan yang berlaku, kejadian itu mengakibatkan ribuan penduduk yang terkandas namun dikatakan bahawa proses pemindahan tersebut akan disambung semula tidak lama selepas itu. Dalam perjanjian pertukaran itu, lebih 5,000 penduduk yang tinggal di bandar itu bersama 2,200 dari Madaya dan Zabadani telah hidup di bawah kepungan selama lebih dua tahun di dua bandar itu.



0 comment... add one now