The Pocket Rocketman Orang Pertama Mencuba Velodrom Nasional




Muhammad Azizulhasni  Awang yang telah berjaya meraih kejuaraannya sebagai juara dunia bagi acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Track Cycling World Championships (TCW) 2017 yang diadakan di Hong Kong pulang ke Malaysia dua hari yang lalu. 

Atas kemenangan beliau yang digelar ‘The Pocket Rocketman’, beliau diberi penghormatan untuk mencuba Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX di Nilai, Negeri Sembilan pada minggu hadapan sebelum venue itu digunakan untuk temasya Sukan SEA Kuala Lumpur dan Para ASEAN.  Jabatan Kerja Raya telah mengendalikan Velodrom Nasional Nilai yang mula dibina pada Januari 2015 dengan kos RM80 juta.  






Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan program [email protected] di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) dengan membuat gimik memakai maskot ‘Rimau’ Sukan SEA. Khairy memberitahu bahawa gimik itu merupakan salah satu cara untuk meningkatkan semangat kesukanan dalam  kalangan remaja khususnya dalam menghadapi Sukan SEA yang bakal diadakan pada 19-30 Ogos dan Sukan Para ASEAN pada 17-23 September. 

Beliau berharap dengan menjadi maskot ‘Rimau’ semasa perasmian itu, momentum sambutan untuk temasya tahun ini dapat dibina sedikit demi sedikit agar menjadi klimaks pada Ogos nanti.
Selain itu, beliau juga dapat merasai pengorbanan yang perlu dilalui oleh mereka yang menjadi maskot ‘Rimau’ itu.




0 comment... add one now