Umno tergugat dengan Bersatu, Tarikh PRU 14 masih belum diketahui

Penganalisis politik sebelum ini telah memberi berbagai-bagai spekulasi mengenai tarikh sebenar PRU 14 namun sehingga kini masih tiada sebarang keputusan muktamad mengenainya. Pas menyasarkan PRU 14 akan diadakan di antara Julai hingga September tahun ini. 

“Segalanya bergantung jika parti Bersatu dilihat dapat menggugat Umno”,  kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Ditambahnya lagi ketika temubual eksklusif bersama Sinar Harian, “Pada pendapat saya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut dengan Bersatu kerana parti tersebut boleh kacau undi orang Melayu”. 



“Oleh itu, kalau Bersatu dilihat boleh menggugat Umno maka PRU akan diadakan pada Julai namun jika mereka berasa yakin, PRU akan diadakan pada September ini.  Tambahan pula, beliau mendapat info bahawa PM sedang membuat kaji selidik bagi melihat kekuatan Bersatu. Beliau menambah lagi, “Kaji selidik tersebut diadakan di seluruh negeri di beberapa kawasan tertentu untuk melihat kekuatan dan pengaruh Bersatu”. “Umno sudah tahu kekuatan pengaruh parti-parti lain seperti DAP, PKR, dan PAS sendiri namun mereka tidak tahu akan kekuatan Bersatu.

Bukan itu sahaja, Umno akan menghadapi satu risiko besar kerana Bersatu memiliki potensi besar untuk merampas undi orang Melayu,” katanya lagi. Akan tetapi, beliau mendakwa telah melakukan satu kesilapan besar setelah menyertai Pakatan Harapan kerana agak susah bagi meraih undi Melayu. Hal ini demikian kerana majoriti pengundi tidak menyokong DAP. Beliau hanya membuat andaian sahaja dan jika ingin mengetahui keputusannya, mereka perlu menunggu PRU 14 menjelang tiba.



0 comment... add one now