Watson Tak Dapat Terima Nama Bapa Dipersendakan

Satu sidang media telah diadakan di Hotel Grand Palace semalam bersama Azizul Ammar Abu Hassan, pengacara sebuah rancangan komedi televisyen tempatan dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, dengan bekas atlet pecut negara, Watson Nyambek.

Watson menegaskan tidak dapat menerima permohonan maaf yang telah pun dilakukan di hadapannya atas tindakan pengacara tersebut yang mempersendakan nama bapanya ketika dalam sebuah rancangan komedi yang tersiar beberapa hari lalu.

Meskipun mereka telah meminta maaf namun sukar untuk beliau terimanya kerana ini melibatkan cara nama bapanya dipandang. 


Jelasnya lagi, mungkin suatu masa nanti, beliau dapat memaafkan pengacara tersebut tetapi tidak dapat memaafkannya buat masa ini.

Tambahnya lagi, beliau sudah melaporkan hal itu kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri Sarawak dan menganggap perkara ini secara serius.

Primework telah membuat rombongan ke Sarawak diketuai oleh Ahmad Izham termasuk Azizul Ammar. 

Azizul memohon maaf terhadap Watson dan keluarganya atas keterlanjurannya mempermainkan nama mendiang ayah Watson dalam sidang media itu sekaligus benar-benar menyesali perbuatannya.

Ini telah memberi pengajaran dalam kehidupannya.


Ekoran insiden itu, Primeworks Studios Sdn Bhd  (Primeworks Studios) telah mengambil tindakan menggantung tanpa tempoh perkhidmatan Azizul dan krew produksi rancangan Sukan Tak Sentral.


0 comment... add one now