2 Beradik Banggakan Malaysia Di Romania

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra bersama keluarga Salihin Ahmad dan anak-anaknya Anisah, 17 serta Afiqah Zahra, 7 yang menyertai Pertandingan Catur Individu Sekolah Dunia 2017 di Romania baru-baru ini, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. 

Demi menghantar anak-anaknya untuk menyertai pertandingan catur di Romania, bapa kepada Afiqah Zahra dan Nur Anisah, sanggup berkorban menjual rumah keduanya di Segamat, Johor pada harga RM65,000.

Pengorbanan seorang ayah untuk melihat kejayaan anak-anaknya tidak sia-sia kerana anaknya berjaya membanggakan keluarga mereka dalam pertandingan peringkat dunia itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut berbangga dengan pencapaian Afiqah Zahra Salihin, 7, yang berjaya mendapat tempat ke-5 dunia dalam kategori perempuan bawah 7 tahun dalam Pertandingan Catur Individu Sekolah Dunia 2017.

Najib juga meluangkan masanya untuk beramah mesra dengan Afiqah Zahra dan Nur Anisah bersama keluarga serta adik-beradik mereka.

Selain itu, Perdana Menteri memaklumkan pengorbanan Salihin, 45, dan ibu bapa yang menghantar anak mereka menyertai pertandingan berkenaan akan dihargai melalui kementerian yang berkaitan.

Bercerita tentang Salihin, beliau bekerja sebagai seorang guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Udang, Klang terpaksa menjual rumah keduanya disebabkan tiada penaja untuk membawa anak-anaknya ke pertandingan itu.

Dalam pada itu, 14 lagi peserta juga menggalas cabaran Malaysia dalam kejohanan yang disertai oleh lebih 500 orang pelajar sekolah dari 41 buah negara di dunia.


0 comment... add one now