4 Sekolah Nikmati Projek BEST 2016


Gambar menunjukkan Datuk P Kamalanathan selaku Timbalan Menteri Pendidikan 1

Menerusi projek Bantuan Asas Pendidikan (BEST) 2016, sebanyak RM399,000 diperuntukkan oleh Yayasan AEON Malaysia bagi membiayai pengubahsuaian 4 sekolah rendah di Selangor.

Sekolah Kebangsaan (SK) Asli Bukit Cheeding di Banting, SK Teluk Ru di Sabak Bernam, SK Jenis Tamil Pulau Carey Barat di Klang dan SK Kampung Kuala Pajam di Beranang merupakan 4 sekolah yang terlibat.

Selain itu, projek ini melaksanakan pembinaan gelanggang serba guna bagi futsal dan sepak takraw, menaik taraf perpustakaan, pemulihan sistem elektrik yang rosak dan bilik komputer serta pembelian peralatan dan perabot bilik khas untuk kanak-kanak istimewa.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan yang menyempurnakan majlis penyerahan projek BEST 2016 sementara Presiden Yayasan AEON Malaysia, Datuk Abdullah Mohd Yusof turut hadir.

Menurut Kamalanathan, projek BEST berjaya dilaksanakan atas usaha murni badan korporat dalam menyediakan infrastruktur lebih selesa dan kondusif bagi kemudahan pembelajaran terutama di sekolah luar bandar.

Tambahnya lagi, diharapkan pada masa hadapan langkah seperti ini dapat diteruskan lagi dengan lebih banyak pembabitan dan sokongan masyarakat, badan korporat dan syarikat swasta.


Projek BEST 2016 bermula penghujung tahun lalu dan siap sepenuhnya pada Februari tahun ini.


0 comment... add one now