52 Remaja Didakwa Di Mahkamah Berhubung Geng 24


Sebahagian daripada 52 individu termasuk 42 orang pelajar sekolah didakwa atas kesalahan menyertai perhimpunan haram bulan lalu di Mahkamah Majistret Klang.

Atas tuduhan terlibat dalam perhimpunan haram dalam sambutan geng kongsi gelap bulan lalu, seramai 52 orang remaja termasuk 42 orang pelajar sekolah telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang.

49 orang mohon dibicarakan sementara tiga daripada jumlah tersebut masing-masing berusia 15 dan 17 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Dalam video yang menjadi viral memaparkan mereka melakukan upacara memotong kek angka 24 sebagai ahli perhimpunan bertujuan untuk melakukan kemudaratan awam.

Mereka didakwa bersama-sama dengan yang masih bebas terlibat dalam perhimpunan menyalahi undang-undang berdasarkan pertuduhan.

Pada 20 April lalu, mereka didakwa melakukan kesalahan berkenaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas pada jam 12.30 tengah hari.

Bukan itu sahaja, mereka turut didakwa kerana mengulangi perbuatan yang sama dengan tujuan yang sama di hadapan SMK Kampung Jawa, SMK Raja Mahdi dan Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Klang sehari selepas itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali yang mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (Akta 574).





0 comment... add one now