6 Lelaki Bertopi Keledar Samun Pelanggan Di Restoran



Sebuah restoran yang terletak di Taman Melawati semalam telah disamun oleh sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang dengan ganas.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu, 6 orang lelaki tempatan yang memakai topi keledar telah bertindak menyamun pelanggan dan pekerja di restoran terbabit, beritahu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias.

Tambahnya lagi, mangsa-mangsa di restoran itu telah diarahkan untuk menyerahkan barang berharga milik mereka kepada suspek yang bersenjatakan parang itu.

Dalam kejadian singkat itu, suspek turut merampas wang tunai dari peti tunai kedai tersebut dan terus melarikan diri.

Kerugian dianggarkan berjumlah RM29,000. 

Mangsa seramai lapan orang yang terdiri daripada tiga lelaki dan lima wanita dapat dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan masih dijalankan.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil bagi membantu siasatan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


0 comment... add one now