80 Individu Terlibat Dalam Pergaduhan Guna Topi Keledar


Pergaduhan yang melibatkan kira-kira 80 orang menggunakan topi keledar berlaku kira-kira pukul 3.15 pagi semalam di sekitar Hospital Ampang.

Anggota polis yang bertugas melakukan rondaan cegah jenayah pada pagi itu menyaksikan sekumpulan lelaki berkumpul berdekatan Hospital Ampang dan telah menahan dua orang lelaki di Jalan 4, Pandan Mewah.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias, pihak mereka telah menghampiri kumpulan terbabit dan meminta mereka untuk bersurai, akan tetapi tidak dipedulikan.

Dalam pada itu, salah seorang daripada kumpulan itu telah ditangkap manakala seorang lagi yang berlari sambil memegang parang sepanjang lebih kurang 54cm juga ditahan.

Susulan itu, anggota polis turut merampas dua buah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha LC135.

Kedua-dua orang individu yang ditahan itu berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur dan telah dibawa ke Balai Polis Pandan Indah.


Sementara itu, kedua-dua mereka direman sehingga esok dan siasatan kes ini masih dijalankan.


0 comment... add one now