Akibat Mengguna Telefon Bimbit Semasa Melintas, Mangsa Dilanggar


Insiden malang yang menimpa seorang wanita yang menggunakan telefon bimbitnya ketika melintas jalan empat lorong yang berlaku di Chonburi, Thailand menjadi peringatan kepada orang ramai.

Memetik laporan daripada Coconuts Bangkok, satu rakaman menunjukkan mangsa, Sudchada Bureepia, 40 semasa tiba di lorong terakhir terus melintas tanpa memandang ke arah kanan mengakibatkan mangsa melambung setelah dilanggar sebuah kereta MPV. 

Mangsa terus dihantar ke hospital Phyathai Sriracha dan didapati mengalami retak tulang kepala. 

Difahamkan sebelum mangsa dilanggar, suami mangsa, Prasong memaklumkan isterinya baru sahaja selesai menghantar anak perempuan mereka ke hospital. 

Pemandu MPV terbabit pula mendakwa semasa kejadian, dia tidak menyedari wanita tersebut melintas jalan. 

Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan dan pemandu MPV berkenaan, Mangkorn Somsut masih belum berhadapan dengan sebarang dakwaan. 

Kemaskini laporan mengatakan mangsa, Sudchada sudah meninggal dunia. 

Video rakaman yang viral di laman sosial perlu dijadikan iktibar kepada pejalan kaki agar berhati-hati dan pemandu kenderaan juga perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan di sekeliling mereka. 



0 comment... add one now