Aplikasi MyDI: Semak Status Muflis


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said menyerahkan kit jelajah kepada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia Datuk Abdul Rahman Putra Taha (kanan) sambil diperhatikan oleh Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang Undang Datuk Jalil Marzuki selepas melancarkan Jelajah MyDi, di Dewan Bahagian Hal Ehwal Undang Undang JPM

Hanya dengan menggunakan Aplikasi MyDI menerusi telefon pintar, orang ramai kini boleh menyemak status muflis atau kebankrapan bermula 11 Mei ini.

Inisiatif ini telah diperkenalkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, orang awam boleh menyemak status muflis individu atau syarikat dan berurusan secara dalam talian menerusi aplikasi ini selain dapat meningkatkan lagi tahap penyampaian perkhidmatan kerajaan terhadap pelanggan.  

Tambahnya lagi, aplikasi ini memudahkan orang awam untuk menyemak status kebankrapan dengan lebih cepat dan tepat terutama bagi yang ingin mencari pekerjaan atau membuat pinjaman bank.

Bagi menangani isu serta permasalahan berkaitan muflis yang makin meningkat di negara kita, aplikasi MyDI ini bertepatan dengan dasar strategi transformasi Mdi dengan perkembangan perundangan antarabangsa dan peredaran zaman.

Selaras dengan itu, 11 Mei ini akan diadakan program Jelajah Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan) 2016 di Johor Bahru oleh Jabatan Insolvensi.

Progaram seperti itu diadakan bertujuan bagi memperjelaskan kepada orang awam tentang pindaan berkenaan.


Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Datuk Haini Hassan dan Ketua Pengarah BHEUU, Datuk Jalil Marzuki turut hadir dalam Majlis Pelancaran Jelajah Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan) 2016 & Aplikasi MyDi bertempat di bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).


0 comment... add one now