Bank Salah Masuk RM100,000 Dalam Akaun Peribadi Peniaga Kedai Kopi



Panggilan yang dibuat daripada pihak bank yang memaklumkan mereka tersilap memasukkan wang sejumlah RM100,000 ke dalam akaun peribadi milik seorang peniaga kedai kopi amat mengejutkan lelaki itu.

Ah Seng, 28, (bukan nama sebenar) yang berasal dari Padang Temusu menceritakan dia telah membuat urusan di bank berkenaan pada 27 April yang lalu. 

Setelah habis urusannya, pihak bank memaklumkan telah memasukkan sejumlah wang sebagai faedah yang diperolehi ke dalam akaunnya dan dia hanya mengiakan sahaja.

Tambahnya lagi, dia kemudian mengeluarkan wang sebanyak RM1,300 sehari selepas itu atas urusan tertentu memandangkan cuti hujung minggu serta cuti umum Hari Pekerja 1 Mei lalu.

Namun, dia tidak langsung menyedari ada sejumlah wang baki di dalam akaun itu yang telah silap dimasukkan oleh pihak bank.

Sejurus itu, hampir pukul 4 petang Jumaat lalu, pihak bank terus menghubunginya untuk memberitahu tersalah memasukkan wang dan meminta supaya peniaga itu memulangkan wang itu semula.

Kemudian, Ah Seng membuat pemeriksaan semula resit pengeluaran yang dibuat lebih awal yang masih disimpannya selain melakukan pemeriksaan akaun secara atas talian tetapi terkejut mendapat tahu jumlah baki di bank ialah RM98,688.55.

Oleh sebab dia berada di luar kawasan ketika itu, dia berjanji akan memulangkan wang di bank sebaik sahaja pulang ke Sungai Petani.

Sebaik sahaja bank mula beroperasi pada pagi Selasa, dia terus ke sana bagi memulangkan baki yang ada dan membayar semula wang yang telah digunakan.


Selepas semuanya selesai, pihak bank mengucapkan ribuan terima kasih atas kejujuran dan memohon maaf atas kesilapan yang telah mereka lakukan. 


0 comment... add one now