Bas Sekolah Jatuh Dalam Gaung, Hanya 2 Daripada 38 Terselamat

Penduduk tempatan yang melihat kawasan kemalangan
Satu kemalangan yang melibatkan 36 terbunuh di mana 33 daripadanya merupakan kanak-kanak di Tanzania terjadi apabila bas sekolah yang dipenuhi dengan murid-murid sekolah rendah terbabas dari jalan yang curam lalu terjatuh ke dalam gaung.

Komander Polis Aruba, Charles Mkumbo memaklumkan tragedi itu berlaku di daerah Karatu Utara, Tanzania di pinggir kawasan Pemuliharaan Ngorongoro.

Difahamkan murid-murid yang menaiki bas terbabit berusia di antara 12-13 tahun dan mereka sedang dalam perjalanan untuk mengambil peperiksaan di sekolah lain.

Hanya dua orang pelajar yang terselamat namun berada dalam keadaan kritikal sementara pemandu bas dan dua orang guru terbunuh dalam insiden tersebut.

Mkumbo berkata siasatan masih djalankan dan pihak polis masih lagi mengenal pasti punca kemalangan. Mereka tidak tahu sekiranya pemandu itu masih baharu atau disebabkan oleh faktor lain seperti kegagalan teknikal.

Selain itu, dikhabarkan semasa kejadian berlaku, hujan turun dengan lebatnya dan kawasan kemalangan berada di bukit yang cerunnya curam.

Presiden Tanzania, John Magufuli turut meluahkan rasa sedih dan kesal atas kemalangan yang mengejutkan itu.



0 comment... add one now