Bau Busuk Di Kedai, Rupa-rupanya Mayat


Keadaan mayat yang berbau ditemui di kedai makan tom yam di Jalan Syawal

Kehadiran bau busuk di sebuah kedai makan tom yam yang menjadi persoalan selama ini akhirnya terjawab setelah mayat seorang tukang masak ditemui di Jalan Syawal berdekatan dengan Balai Polis Lama Pontian. 

Mangsa yang berusia 48 tahun, Mohamad Yunuh yang juga dikenali sebagai 'Mad Tomyam' berasal dari Narathiwat, Thailand, beritahu Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman. 

Tambah beliau lagi, satu panggilan daripada pemilik kedai berkenaan yang dikenali sebagai Salleh Abdullah pada jam 10.45 pagi telah memaklumkan tentang penemuan mayat itu di bahagian atas kedai tersebut. 

Siasatan dilakukan pihak polis di lokasi penemuan mayat berbau di kedai makan tom yam

Di lokasi penemuan mayat itu, tiada langsung sebarang kesan pecah atau geledah kerana wang tunai dan barang berharga kepunyaan mangsa masih ada berdekatan dengan tempat mayat mangsa terbaring. 

Berdasarkan penemuan resit pembelian barangan yang bertarikh 27 April yang lalu, keadaan mangsa juga telah berbau dan berulat dipercayai telah meninggal dunia. 

Selain itu, berdasarkan temubual dengan beberapa orang awam di situ, mereka menyatakan kali terakhir melihat mangsa adalah pada 27 April. 

Difahamkan mangsa dikatakan mengalami sakit kepala dan tidak membuka perniagaan pada hari tersebut. 

Mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat. 


0 comment... add one now