Bayaran Harga Denda Mykad IC Hilang


Perhatian kepada mana-mana individu warganegara Malaysia yang kehilangan Mykad (Kad Pengenalan) kerana kelalaian atau kecuaian diri sendiri, diingatkan jangan sesekali membuat laporan polis yang palsu semata-mata beralasan ingin mengelakkan daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semasa membuat permohonan gantian hilang Mykad.


Biasanya laporan polis palsu yang dilakukan oleh mereka yang kehilangan Mykad (Kad Pengenalan) kerana kecuaian sendiri adalah dengan membuat dakwaan menjadi mangsa dalam kejadian kes jenayah yang sama seperti diragut, disamun, dirompak dan kecurian.


Jika anda didapati bersalah akibat membuat laporan polis palsu, anda akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman penjara selama 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.


Pihak PDRM akan memandang serius terhadap kes-kes penipuan seperti ini dan akan menjalankan siasatan lanjut ke atas laporan yang dilakukan oleh orang awam.

Bukan itu sahaja, pihak polis akan meneliti dengan terperinci setiap keterangan yang dilaporkan bersama siasatan serta butiran-butiran fakta yang diberikan sehingga berjaya mengesan sebarang keraguan atau kecurigaan terhadap kes yang dilaporkan.

Jika kejadian yang anda laporkan itu hanya rekaan semata-mata, lebih mudah ia dikesan sebagai laporan palsu.

Justeru, jika anda kehilangan Kad Pengenalan (IC) atau MyKad kerana kecuaian sendiri, jangan sesekali buat laporan palsu kerana anda sendiri akan menanggung akibatnya membuat penipuan dan tentu sekali tidak akan terlepas daripada kesalahan tersebut.

Maklumat Bayaran Harga Denda Mykad IC Hilang


Kadar bayaran denda untuk individu warganegara Malaysia yang kehilangan MyKad akibat kecuaian sendiri telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bayaran denda bagi kehilangan kes kecurian sendiri:
 
KEHILANGAN
BAYARAN DENDA
JUMLAH DAN CAJ
KALI PERTAMA
RM100
RM110
KALI KEDUA
RM300
RM310
KALI KETIGA DAN SETERUSNYA
RM1,000
RM1,010

Denda yang dikenakan akan dicaj dengan bayaran permohonan sebanyak RM10.


Akan tetapi, pengecualian kadar bayaran diberikan kepada Orang Kurang Upaya, fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.


Klik link di bawah
 untuk mengetahui maklumat rasmi dan keterangan lanjut.

GARIS PANDUAN PROSEDUR

Pemohon buat kali pertama boleh terus ke kaunter JPN sementara pemohonan buat kali kedua dan seterusnya hendaklah membuat laporan polis mengenai kehilangan tersebut sebelum membuat permohonan di kaunter JPN.


Selain itu, permohonan gantian hilang kad pengenalan kali ketiga dan seterusnya akan dijalankan siasatan terlebih dahulu sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan. 


Sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan, permohonan gantian hilang kad pengenalan akan dikeluarkan dengan Dokumen Pengenalan Sementara.


Kami berharap segala informasi di atas dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua pembaca. 

Terima kasih. 

Bayaran Harga Denda Mykad IC Hilang


0 comment... add one now